Bumi adalah planet ketiga dari lapan buah planet yang berada didalam sistem suria kita.
Ia merupakan planet yang ketiga jauhnya daripada matahari. Merupakan planet yang kelima terbesar
Dalam sistem suria. Ia sebauh planet yang tidak mengeluarkan cahaya dan hanya kelihatan apabila
Ia memantulkan cahaya Matahari. Pembuktian Saintifik menunjukkan Bumi telah wujud kira-kira
4.5 bilion tahun yang lalu dan kehidupan muncul dipermukaannya didalam tempoh satu billion tahun.
Jarak purata Bumi dan Matahari dianggarkan sejauh 149.6 juta kilometer. Kedudukannya yang tidak
berapa jauh dan tidak terlalu dekat dengan Matahari membuatkannya menerima haba yang sesuai untuk
hidupan. Bumi merupakan salah sebuah planet dalaman (Inner planets) selain Utarid, Zuhrah dan
Marikh. Kesemua planet tersebut terbentuk dari batuan dan mempunyai atmosfera. Atmosferanya nipis
dan beracun kecuali di Bumi. Bumi dikatakan unik kerana ia adalah satu-satunya planet yang terdapat
air yang perlu membolehkan wujudnya jutaan spesies. Bumi mempunyai sebuah satelit semulajadi
yang dinamankan Bulan. Bulan sentiasa berputar dan mengelilingi bumi disamping itu sentiasa
bersama Bumi beredar mengelilingi Matahari. Bumi mengelilinggi Bumi mengikut lintasan masing-
masing yang dikenali sebagai orbit yang berbentuk elips.
KENALI BUMI DENGAN LEBIH DEKAT.
Bentuk Bumi adalah sfera yang mengelembung dibahagian atmosferanya. Diameter kawasan
khatulistiwa 43km lebih besar berbanding diameter kawasan kutub. Bumi mempunyai dua kawasan
kutub iaitu kutub utara dan kutub Selata. Purata jejari Khatulistiwa ialah 6,378.137km manakala jejari
kutub ialah 6,3566.752km. Diameter Bumi sepanjang 12,756 kilometer. Graviti Bumi diukur sebagai
10N kg-1 dijadikan unit ukuran graviti planet lain, dengan graviti Bumi sebagai 1. Tarikan gravity
Bumi menyebabkan semua objek tertarik kearah Bumi (jatuh ke bawah). Ia juga berperanan mencegah
gas-gas daripada terlepas keangkasa lepas. 70.8% permukaan Bumi diselaputi air dan selebihnya
adalah kawasan daratan iaitu tanah-tanih, batu batan dan gunung-ganang. Udara Bumi terdiri daripada
78% nitrogen, 21% oksigen dan 1% gas nadir, 0.03% karbon dioksida selebihnya wap air.
· Fotografi Bumi “Blue marble” yang diambil dari Appollo 17, Salah satu bukti nyata menunjukkan Bumi kita berbentuk sfera.
· “Blue Marble” kerana Bumi kita dilitupi kawasan air yang lebih luas berbanding daratan.
KERATAN RENTAS BUMI.
TERAS DALAM
· Terdiri daripada logam besi dan nikel yang wujud dalam keadaan pepejal
kerana terdapat tekanan batuan daripada lapisan sebelah atas.
· Ketebalan dianggarkan setebal 1,300km.
· suhu yang paling tinggi iaitu 4,500 darjah celcius.
TERAS LUAR
· Terdiri daripada logam lebur, iaitu besi, nikel dan sulfur.
· Ketebalan dianggarkan setebal 2,250km.
· Suhunya antara 3,700 darjah celcius.
MANTEL
· Terdiri daripada mantle silika padu.
· Merupakan lapisan yang paling tebal dianggarkan setebal 2,900km membentuk 83%
isi bumi.
· Suhunya antara 3,700 darjah celcius.
KERAK BUMI
· Terdiri daripada batuan yang keras dan bahan mineral. Berlakunya pergerakan tanah yang mengakibatkan kejadian gelinciran, gempa bumi dan seumpamanya.
· Merupakan lapisan tunggal yang didiami kehidupan.
· Merupakan lapisan yang paling nipis dianggarkan setebal 8-40km.
· Kerak Bumi lebih nipis di dasar lautan iaitu sekitar 5km.
· Suhunya adalah yang paling rendah.
ATMOSFERA BUMI
PENGERTIAN DAN KANDUNGAN ATMOSFERA
Atmosfera adalah lapisan udara yang menyelimuti Bumi secara menyeluruh dengan ketebalan lebih daripada 650km. Lapisan atmosfera mengandungi pelbagai jenis gas. Berdasarkan isipadunya, jenis-jenis gas yang paling banyak adalah nitrogen (N2) sebanyak 78.08% , oksigen (O2) sebanyak 20.95%, argon sebanyak 0.93%. Pelbagai jenis gas lain juga terkandung dalam atmosfera, tetapi kepekatannya jauh lebih rendah, contohnya seperti neon(Ne), helium(He), Kripton(Kr), hidrogen(H2), xenon(Xe) dan Ozon(O3), metana dan wap air. Kandungan karbon dioksida dan wap air sentiasa berubah mengikut situasi bergantung kepada cuaca. Karbon dioksida merupakan gas yang menyerap haba yang dijanakan oleh Bumi dan mempengaruhi tahap suhu kepanasan atmosfera. Ozon pula sejenis gas (sebahagian dari oksigen) yang menyatukan tiga atom oksigen bagi membentuk satu molikul (O3) terdapat dalam kuantiti yang besar dilapisan atmosfera yang dipanggil stratosphere. Lapisan ozon sangatlah penting bagi mengawal suhu Bumi yang sesuai.
LAPISAN ATMOSFERA BUMI
Atmosfera Bumi boleh dibahagikan kepada lima lapisan dengan ketebalan yang berbeza. Semakin jauh dari permukaan Bumi, suhu dan tekanannya semakin berkurangan. Ketumpatan atmosfera ialah 101.3kPa (MSL). Berikut adalah penjelasantentang lapisan-lapisan tersebut :
1. Troposphere/Troposfera.
· Adalah lapisan atmosfera yang bawah sekali, paling hampir dengan permukaan Bumi.
· Ketebalannya antara 0-10km.
· Lebihkurang 75% daripada udara atmosfera terdapat di troposfera.
· Lapisan ini menyerap banyak haba matahari dan memanaskan Bumi.
· Tempat peredaran arus udara panas dan sejuk serta kitar air semulajadi berlaku.
· Membekalkan udara untuk membantu penerbangan pesawat terbang.
2. Stratosphere/Stratosfera
· Lapisan udara sangat nipis dan kandungan oksigen sangat nipis.
· Ketebalannya antara 10-30 dari permukaan Bumi.
· Tidak sesuai untuk organisma hidup.
· Terdapat lapisan ozon (pelindung Bumi) antara stratosfera dan ionosfera. Ia boleh menapis sinar ultra-ungu yang berbahaya dari sampai kepermukaan Bumi.
· Ozon terbentuk hasil tindakan sinar kosmik dengan oksigen.
· Ozon boleh termusnah oleh gas klorofluorokarbon (CFC) yang boleh mencemarkan udara. Gas CFC boleh terhasil dari penggunaan alat penyaman udara, peti sejuk, alat penyembur aerosol dan seumpamanya.
3. MESOSPHERE/MESOSFERA
· Ini merupakan lapisan yang ketiga dari Bumi.
· Ketebalannya antara 30-50km di atas statosfera.
· Suhu pada lapisan ini sangat dingin, iaitu sekitar -40 darjah Celsius.
4. THERMOSPHERE/TERMOSFERA
· Ini merupakan lapisan yang keempat dari Bumi.
· Memiliki ketebalan antara 50-400 km di atas mesosfera.
· Suhu pada lapisan ini jauh lebih panas dari lapisan mesosfera, sekitar 80 darjah.
5. EXOSPHERE/EKSOSFERA
· Ini merupakan lapisan yang kelima jauhnya daripada Bumi.
· Memiliki ketebalan lebih dari 400-700 km di atas termosfera.
· Suhu pada lapisan ini memiliki suhu yang jauh lebih rendah dari lapisan sebelumnya, iaitu sekitar -57 darjah celsius.
· Tidak terdapat tekanan udara atau tekanannya =0 cm Hg.
· Ketumpatan udaranya yang sangat rendah membolehkan satelit dan kapal angkasa mengorbit Bumi dengan rintangan yang sangat minimum.
KEPENTINGAN ATMOSFERA
Atmosfera berperanan sangat penting untuk melindungi hidupan di Bumi. Di bawah ini dinyatakan beberapa kepentinnya. Manusia perlu bijak untuk menjaga lapisan lapisan ozon dari menjadi nipis.
a) Ozon berperanan penting bagi mengurangkan radiasi kepanasan Matahari yang sampai kepermukaan Bumi pada siang hari dan menghilangkan kepanasan yang berlebihan pada malam hari.
b) Sekiranya atmosfera tidak berperanan sebagai penapis, menapis sinar ulta-ungu yang merbahaya, maka 100% cahaya dan haba akan sampai kepermukaan Bumi dan seluruh hidupan akan mati.
c) Mengedarkan air di bahagian wilayah permukaan Bumi. Ia penting dalam proses kitar air. Atmosfera berperanan menampung wap air. Tanpa atmosfera semua sungai dan lautan akan kering. Proses hidrologi amat penting bagi semua hidupan terus hidup.
d) Menyediakan gas oksigen dan karbon dioksida. Oksigen diperlukan untuk proses pernafasan manakala karbon dioksida digunakan oleh tumbuh-tumbuhan melakukan proses fotosintesis.
e) Sebagai pemegang meteorit agar tidak terus terhempas di permukaan Bumi yang akan membentuk kawah dan boleh memusnahkan bentuk muka Bumi.
PUTARAN DAN PEREDARAN BUMI
Bumi berputar di atas paksi ghaibnya yang merentasi pusat Bumi dari kutub utara dan kutub selatannya. Bumi terus berputar terus-menerus selama berjuta tahun. Ia berputar mengikut lawan arah jam dari arah barat ke timur. Perkara ini menyebabkan matahari terbitdisebelah timur dan terbenam disebelah barat. Kecondongan paksi Bumi adalah sebanyak 66.5 darjah dengan rataan londar matahari dan 23.5 darjah dengan paksi tegak ke rataan londar matahari.
KESAN PUTARAN BUMI
· KEJADIAN SIANG DAN MALAM .
- Sebahagian Bumi yang mengadap Matahari akan mengalami waktu siang dan bahagaian yang satu lagi dalam kegelapan. 12 jam siang dan 12 jam malam.
· PANJANG DAN KEDUDUKAN BAYANG-BAYANG.
- Matahari kelihatan seolah-olah terbit dan terbenam lebih rendah pada waktu pagi dan lewat petang maka bayang-bayang kelihatan lebih panjang, pada waktu pagi bayang-bayang terbentuk sebelah barat dan lewat petang di sebelah timur.
· TERBIT DAN TERBENAMNYA MATAHARI, BULAN DAN BINTANG.
- Apabila menjelang waktu malam, maka terbitlalah Bulan dan bintang manakala terbit dan terbenamnya Matahari juga silih berganti. Kawasan khatulistiwa lebih banyak menerima cahaya matahari berbanding kawasan kutub.
· KEJADIAN AIR PASANG DAN SURUT.
- Air pasang dan surut adalah akibat dari tarikan graviti antara Bumi dan Bulan.
PEREDARAN BUMI KITA
Semasa Bumi berputar di atas paksinya, dan pada masa yang sama ia juga beredar mengelilingi Matahari mengikut lawan jam dalam orbit berbentuk bujur (elips). Bulan juga melakukan pergerakan yang sama mengelilinggi Bumi. Bumi bersama-sama Bulan berputar dan beredar mengelilinggi Matahari.
Satu edaran mengelilinggi Matahari memakan tempoh selama 365 ¼ hari. Orbit Bumi yang bujur menyebabkan Bumi tidak sentiasa berada pada jarak yang sama dari Matahari. Peredaran dan kecondongan Bumi menyebabkan berlakunya:
- Siang dan malam tidak sama panjang waktu pada bahagian berlainan Bumi.
- Berlakunya kejadian empat musim, iatu musim panas, sejuk, luruh dan musim bunga.
- Perubahan kedudukan bintang.
________________________________________________________________
________________________________________________________________
SUMBER RUJUKAN.
2) Blogspot.com/ lapisan-lapisan bumi
3) John Frandon GROLIER (2007), Planet earth, Miles Kelly Publishing Ltd 2000
4) John Frandon GROLIER (2007), space, Miles Kelly Publishing Ltd 2000
5) Tom Williamson (1985), Bumi , Macmillan Publishers(M) Sdn.Bhd, P.Jaya.
6) Sussanna Van Rose ( 1997 ) EARTH, Sasbadi Sdn. Bhd.
7) GAN KIM SAN (1996), Perintis PMR Sains , Pan Asia Publication Sdn. Bhd.
SEKIAN TERIMA KASIH