APAKAH BUMI.
Bumi adalah planet
ketiga dari lapan buah planet yang berada didalam sistem suria kita.
Ia merupakan planet yang ketiga jauhnya daripada matahari. Merupakan planet yang kelima terbesar
Dalam sistem suria. Ia
sebauh planet yang tidak mengeluarkan cahaya dan hanya kelihatan apabila
Ia memantulkan cahaya Matahari.
Pembuktian Saintifik menunjukkan Bumi telah wujud kira-kira
4.5 bilion tahun yang lalu dan kehidupan muncul dipermukaannya
didalam tempoh satu billion tahun.
Jarak purata Bumi dan Matahari dianggarkan sejauh 149.6 juta kilometer. Kedudukannya yang tidak
berapa jauh dan tidak terlalu dekat dengan Matahari
membuatkannya menerima haba yang sesuai
untuk
hidupan. Bumi merupakan
salah sebuah planet dalaman (Inner planets)
selain Utarid, Zuhrah dan
Marikh. Kesemua planet tersebut terbentuk dari batuan dan mempunyai
atmosfera. Atmosferanya nipis
dan beracun kecuali di Bumi.
Bumi dikatakan unik kerana ia adalah satu-satunya planet yang terdapat
air yang perlu membolehkan wujudnya jutaan spesies. Bumi mempunyai sebuah satelit semulajadi
yang dinamankan Bulan. Bulan
sentiasa berputar dan mengelilingi bumi disamping itu sentiasa
bersama Bumi beredar mengelilingi
Matahari. Bumi mengelilinggi Bumi
mengikut lintasan masing-
masing yang dikenali sebagai orbit yang berbentuk elips.
KENALI
BUMI DENGAN LEBIH DEKAT.
Bentuk Bumi adalah sfera
yang mengelembung dibahagian atmosferanya.
Diameter kawasan
khatulistiwa 43km lebih besar berbanding diameter kawasan kutub. Bumi
mempunyai dua kawasan
kutub iaitu kutub utara dan kutub Selata. Purata jejari Khatulistiwa ialah 6,378.137km
manakala jejari
kutub ialah 6,3566.752km. Diameter Bumi sepanjang 12,756 kilometer. Graviti Bumi diukur sebagai
10N kg-1 dijadikan unit ukuran graviti planet lain, dengan graviti Bumi sebagai 1. Tarikan gravity
Bumi menyebabkan semua objek tertarik kearah Bumi (jatuh ke
bawah). Ia juga berperanan mencegah
gas-gas daripada terlepas keangkasa lepas. 70.8% permukaan Bumi diselaputi air dan selebihnya
adalah kawasan daratan iaitu tanah-tanih, batu batan dan
gunung-ganang. Udara Bumi terdiri
daripada
78% nitrogen, 21% oksigen dan 1% gas nadir, 0.03% karbon dioksida
selebihnya wap air.
·
Fotografi Bumi “Blue marble” yang
diambil dari Appollo 17, Salah satu bukti nyata menunjukkan Bumi kita berbentuk
sfera.
·
“Blue Marble” kerana Bumi kita dilitupi kawasan air yang lebih luas berbanding daratan.
KERATAN RENTAS
BUMI.
TERAS DALAM
·
Terdiri
daripada logam besi dan nikel yang wujud dalam keadaan pepejal
kerana terdapat
tekanan batuan daripada lapisan sebelah atas.
·
Ketebalan
dianggarkan setebal 1,300km.
·
suhu
yang paling tinggi iaitu 4,500 darjah celcius.
TERAS LUAR
·
Terdiri
daripada logam lebur, iaitu besi, nikel dan sulfur.
·
Ketebalan
dianggarkan setebal 2,250km.
·
Suhunya
antara 3,700 darjah celcius.
MANTEL
·
Terdiri
daripada mantle silika padu.
·
Merupakan
lapisan yang paling tebal dianggarkan setebal 2,900km membentuk 83%
isi
bumi.
·
Suhunya
antara 3,700 darjah celcius.
KERAK BUMI
·
Terdiri
daripada batuan yang keras dan bahan mineral.
Berlakunya pergerakan tanah yang mengakibatkan kejadian gelinciran,
gempa bumi dan seumpamanya.
·
Merupakan
lapisan tunggal yang didiami kehidupan.
·
Merupakan
lapisan yang paling nipis dianggarkan setebal 8-40km.
·
Kerak
Bumi lebih nipis di dasar lautan iaitu sekitar 5km.
·
Suhunya
adalah yang paling rendah.
ATMOSFERA
BUMI
PENGERTIAN
DAN KANDUNGAN ATMOSFERA
Atmosfera
adalah lapisan udara yang menyelimuti Bumi secara menyeluruh dengan ketebalan
lebih daripada 650km. Lapisan atmosfera
mengandungi pelbagai jenis gas.
Berdasarkan isipadunya, jenis-jenis gas yang paling banyak adalah
nitrogen (N2) sebanyak 78.08% , oksigen (O2) sebanyak 20.95%, argon sebanyak
0.93%. Pelbagai jenis gas lain juga terkandung dalam atmosfera, tetapi
kepekatannya jauh lebih rendah, contohnya seperti neon(Ne), helium(He),
Kripton(Kr), hidrogen(H2), xenon(Xe) dan Ozon(O3), metana dan wap air. Kandungan karbon dioksida dan wap air
sentiasa berubah mengikut situasi bergantung kepada cuaca. Karbon dioksida merupakan gas yang menyerap
haba yang dijanakan oleh Bumi dan mempengaruhi tahap suhu kepanasan
atmosfera. Ozon pula sejenis gas
(sebahagian dari oksigen) yang menyatukan tiga atom oksigen bagi membentuk satu
molikul (O3) terdapat dalam kuantiti yang besar dilapisan atmosfera yang
dipanggil stratosphere. Lapisan ozon
sangatlah penting bagi mengawal suhu Bumi yang sesuai.
LAPISAN
ATMOSFERA BUMI
Atmosfera Bumi boleh dibahagikan
kepada lima lapisan dengan ketebalan yang berbeza. Semakin jauh dari permukaan
Bumi, suhu dan tekanannya semakin berkurangan. Ketumpatan atmosfera ialah
101.3kPa (MSL). Berikut adalah
penjelasantentang lapisan-lapisan tersebut :
1.
Troposphere/Troposfera.
·
Adalah
lapisan atmosfera yang bawah sekali, paling hampir dengan permukaan Bumi.
·
Ketebalannya
antara 0-10km.
·
Lebihkurang
75% daripada udara atmosfera terdapat di troposfera.
·
Lapisan
ini menyerap banyak haba matahari dan memanaskan Bumi.
·
Tempat
peredaran arus udara panas dan sejuk serta kitar air semulajadi berlaku.
·
Membekalkan
udara untuk membantu penerbangan pesawat terbang.
2.
Stratosphere/Stratosfera
·
Lapisan
udara sangat nipis dan kandungan oksigen sangat nipis.
·
Ketebalannya
antara 10-30 dari permukaan Bumi.
·
Tidak
sesuai untuk organisma hidup.
·
Terdapat
lapisan ozon (pelindung Bumi) antara stratosfera dan ionosfera. Ia boleh
menapis sinar ultra-ungu yang berbahaya dari sampai kepermukaan Bumi.
·
Ozon
terbentuk hasil tindakan sinar kosmik dengan oksigen.
·
Ozon
boleh termusnah oleh gas klorofluorokarbon (CFC) yang boleh mencemarkan udara. Gas CFC boleh terhasil dari penggunaan alat
penyaman udara, peti sejuk, alat penyembur aerosol dan seumpamanya.
3.
MESOSPHERE/MESOSFERA
·
Ini
merupakan lapisan yang ketiga dari Bumi.
·
Ketebalannya
antara 30-50km di atas statosfera.
·
Suhu
pada lapisan ini sangat dingin, iaitu sekitar -40 darjah Celsius.
4.
THERMOSPHERE/TERMOSFERA
·
Ini
merupakan lapisan yang keempat dari Bumi.
·
Memiliki
ketebalan antara 50-400 km di atas mesosfera.
·
Suhu
pada lapisan ini jauh lebih panas dari lapisan mesosfera, sekitar 80 darjah.
5.
EXOSPHERE/EKSOSFERA
·
Ini
merupakan lapisan yang kelima jauhnya daripada Bumi.
·
Memiliki
ketebalan lebih dari 400-700 km di atas termosfera.
·
Suhu
pada lapisan ini memiliki suhu yang jauh lebih rendah dari lapisan sebelumnya,
iaitu sekitar -57 darjah celsius.
·
Tidak
terdapat tekanan udara atau tekanannya =0 cm Hg.
·
Ketumpatan
udaranya yang sangat rendah membolehkan satelit dan kapal angkasa mengorbit
Bumi dengan rintangan yang sangat minimum.
KEPENTINGAN
ATMOSFERA
Atmosfera berperanan sangat penting
untuk melindungi hidupan di Bumi. Di
bawah ini dinyatakan beberapa kepentinnya.
Manusia perlu bijak untuk menjaga lapisan lapisan ozon dari menjadi
nipis.
a)
Ozon berperanan penting bagi mengurangkan
radiasi kepanasan Matahari yang sampai kepermukaan Bumi pada siang hari dan
menghilangkan kepanasan yang berlebihan pada malam hari.
b)
Sekiranya
atmosfera tidak berperanan sebagai penapis, menapis sinar ulta-ungu yang
merbahaya, maka 100% cahaya dan haba
akan sampai kepermukaan Bumi dan seluruh hidupan akan mati.
c)
Mengedarkan
air di bahagian wilayah permukaan Bumi.
Ia penting dalam proses kitar air.
Atmosfera berperanan menampung wap air.
Tanpa atmosfera semua sungai dan lautan akan kering. Proses hidrologi amat penting bagi semua
hidupan terus hidup.
d)
Menyediakan
gas oksigen dan karbon dioksida. Oksigen
diperlukan untuk proses pernafasan manakala karbon dioksida digunakan oleh
tumbuh-tumbuhan melakukan proses fotosintesis.
e)
Sebagai
pemegang meteorit agar tidak terus terhempas di permukaan Bumi yang akan
membentuk kawah dan boleh memusnahkan bentuk muka Bumi.
PUTARAN DAN PEREDARAN BUMI
Bumi
berputar di atas paksi ghaibnya yang merentasi pusat Bumi dari kutub utara dan
kutub selatannya. Bumi terus berputar
terus-menerus selama berjuta tahun. Ia
berputar mengikut lawan arah jam dari arah barat ke timur. Perkara ini menyebabkan matahari
terbitdisebelah timur dan terbenam disebelah barat. Kecondongan paksi Bumi adalah sebanyak 66.5
darjah dengan rataan londar matahari dan 23.5 darjah dengan paksi tegak ke
rataan londar matahari.
KESAN PUTARAN BUMI
·
KEJADIAN SIANG DAN MALAM .
-
Sebahagian
Bumi yang mengadap Matahari akan mengalami waktu siang dan bahagaian yang satu
lagi dalam kegelapan. 12 jam siang dan
12 jam malam.
·
PANJANG DAN KEDUDUKAN BAYANG-BAYANG.
-
Matahari
kelihatan seolah-olah terbit dan terbenam lebih rendah pada waktu pagi dan
lewat petang maka bayang-bayang kelihatan lebih panjang, pada waktu pagi
bayang-bayang terbentuk sebelah barat dan lewat petang di sebelah timur.
·
TERBIT DAN TERBENAMNYA MATAHARI, BULAN DAN BINTANG.
-
Apabila
menjelang waktu malam, maka terbitlalah Bulan dan bintang manakala terbit dan
terbenamnya Matahari juga silih berganti. Kawasan khatulistiwa lebih banyak menerima
cahaya matahari berbanding kawasan kutub.
·
KEJADIAN AIR PASANG
DAN SURUT.
-
Air
pasang dan surut adalah akibat dari tarikan graviti antara Bumi dan Bulan.
PEREDARAN BUMI KITA
Semasa
Bumi berputar di atas paksinya, dan pada masa yang sama ia juga beredar
mengelilingi Matahari mengikut lawan jam dalam orbit berbentuk bujur
(elips). Bulan juga melakukan pergerakan
yang sama mengelilinggi Bumi. Bumi
bersama-sama Bulan berputar dan beredar mengelilinggi Matahari.
Satu
edaran mengelilinggi Matahari memakan tempoh selama 365 ¼ hari. Orbit Bumi yang bujur menyebabkan Bumi tidak
sentiasa berada pada jarak yang sama dari Matahari. Peredaran dan kecondongan Bumi menyebabkan
berlakunya:
-
Siang
dan malam tidak sama panjang waktu pada bahagian berlainan Bumi.
-
Berlakunya
kejadian empat musim, iatu musim panas, sejuk, luruh dan musim bunga.
-
Perubahan
kedudukan bintang.
________________________________________________________________
_________________________________________________________________
SUMBER RUJUKAN.
2)
Blogspot.com/
lapisan-lapisan bumi
3)
John
Frandon GROLIER (2007), Planet earth, Miles Kelly Publishing Ltd 2000
4)
John
Frandon GROLIER (2007), space, Miles Kelly Publishing Ltd 2000
5)
Tom
Williamson (1985), Bumi , Macmillan Publishers(M) Sdn.Bhd, P.Jaya.
6)
Sussanna
Van Rose ( 1997 ) EARTH, Sasbadi Sdn.
Bhd.
7)
GAN
KIM SAN (1996), Perintis PMR Sains , Pan Asia Publication Sdn. Bhd.
SEKIAN TERIMA
KASIH
No comments:
Post a Comment